Search This Blog

Wednesday, 23 March 2016

Jom Main Pantun

Pantun tengah malam...
Pisang emas dibawa belayar ๐ŸŒ
Masak sebiji diatas peti ๐Ÿ“ฆ
Bil astro sanggup bayar ๐Ÿ“ก
Nak beli emas dok nanti..nanti..hehe
Selamat malam semua..assalamualaikum...

Salam sayang,
Najihatul Mursyidah Abd Samad
Your Gold Saving Advisor
0173413644

Terima Kasih Mak & Abah Kerana Menjadikan Diri Ini Bebas Hutang

Bismillahirrahmanirrahim
Kali ni nak post gambar mak abah saya
Yang menjadi inspirasi kepada saya untuk menjadi penabung tegar
Supaya anak2 saya nanti tak perlu buat pinjaman PTPTN 
Bila mereka nak masuk IPT nanti
Inilah ibu bapa saya yang telah menyekolahkan saya dan membiayai pengajian Diploma & Degree saya di UiTM dan adik saya di Kolej INSPEN
Tanpa pinjaman
Walaupun mereka bergaji kecil
Saat awal2 masuk dunia pekerjaan
Saat kawan2 lain garu kepala bertungkus lumus melunaskan semula hutang PTPTN
Kami bebas belenggu tersebut dan ada baki gaji untuk buat tabung simpanan
Mak memang pantau gaji kami, belanja sikit kurang2 RM500 kena tolak tepi masuk tabung (masa bujang dulu la...)
Sekarang dah kahwin, perbelanjaan meningkat dengan belanja susu pampers dan yuran persekolah anak
Alhamdulillah saya masih lagi menabung
Tapi menabung cara bijak
Biar sikit RM masuk tabung anak, tapi yang penting 1g emas mesti buat setiap bulan
MESTI
Hari ini saya ajak kawan2 menabung emas
Bukan untuk empayar perniagaan saya saja
Tapi untuk kesenangan kita di masa hadapan
Saya dah rasa seronoknya hidup tanpa PTPTN
Dan saya nak anak2 saya juga rasa demikian
Moga terbuka hati kawan2 semua


Salam sayang,
Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
0173413644

Cari Duit Vs Cari Rezeki

Assalamualaikum,
Mencari rezeki dan mencari duit amat berbeza. Kalau duit yang kita cari, kita mudah stress kerana tak semua benda boleh diconvert menjadi duit. Jika kita mencari rezeki, hidup akan lebih tersusun. Rezeki dari Allah itu luas.
Kawan baru itu REZEKI 
Ilmu perniagaan itu REZEKI
Kesihatan itu REZEKI
Masa itu juga REZEKI
Peluang pun REZEKI
Barulah dicelah2 REZEKI tadi adanya REZEKI duit! Inilah aturan ALLAH. Dia tahu REZEKI apa yang hambaNya perlukan.
REZEKI itu Allah dah tentukan sejak dari dalam perut lagi... cuma kita hanya mencari keberkatan dalam rezeki yang Allah bagi...
Walaupun sikit tapi cukup,
Walaupun umur pendek tapi bermanfaat
Walaupun tak ramai anak tapi bahagia
Walaupun sihat tapi boleh buat amal soleh.
Itulah nama keberkatan.
Cari lah Redha Allah.kerberkatan dari Allah pasti datang bersama..


Salam sayang,
Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
0173413644

Tiada Alasan Untuk Menyimpan


Siapa sudah rasa sesak dan tenatnya ekonomi rumah tangga masing-masing di sini, angkat tangan!
Bermula era GST sejak April 2015, memang gelombang harga barangan keperluan naik dengan mendadaknya
Bagi yang beranak ramai dan kecil-kecil atau masih bersekolah, paling rasa bahangnya...
Ekonomi negara merosot dengan merudumnya nilai ringgit selepas negara diduga dengan macam-macam musibah seperti banjir besar di Manik Urai, misteri MH370, nahas MH11, dan yang paling menggemparkan, isu wang derma RM 2.6 billion yang belum ada penyelesaiannya...
Sungguhpun ekonomi negara merosot, takkan nak biarkan ekonomi rumah tangga sendiri pun merosot sama?

Apakah aset yang mampu kita miliki tanpa perlu membuat pinjaman bank?
"ร‹h, apa ni tengah sesak-sesak ni suruh orang membeli aset pulak."
Jangan tak tahu...
Kini dengan anggaran RM 120 anda mampu miliki sebuah aset seberat 0.5g 
Kecik sangat?

Beginilah... bukan semua mampu mengenepikan RM 100 daripada wang gaji untuk memiliki aset
Powergold merupakan syarikat pioneer yang membenarkan pembeli membeli emas semurah dan seringan ini
Supaya semua terutamanya Muslim dan bumiputera di Malaysia
Sama- sama merasa mempunyai simpanan emas mereka sendiri...

Masih ada alasan untuk menyimpan?
Jangan bertangguh lagi

Salam sayang,
Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
0173413644



Selamat Berjihad Membina Ekonomi Sendiri

Kegawatan ekomomi yang dialami negara kita ada juga kesan baiknya
Cuba kita lihat di facebook, blog dan instagram
Rata-ratanya penuh dengan iklan orang berniaga
Salah ke?
Tentulah tidak.....

Sekurang-kurangnya mereka telah mengambil satu langkah ke hadapan
Untuk memperbaiki taraf ekonomi rumahtangga sendiri
Kalau daripada dulu sampai sekarang kita asyik membeli saja
Maknanya kita tidak pernah berubah
Dan terlalu selesa dengan poket sendiri

Beginilah, saya suka ingatkan...
Langit tidak selalu cerah
Buatlah sesuatu dan keluar dari zon selesa
Ooops, 'zon selesa'?
Selesa kah kita dengan gaji sekarang?
Selesa kah kita dengan rutin harian kita yang membosankan, keluar kerja  kala hari masih gelap...dan pulang kala hari telah gelap?
Selesa kah kita melihat nombor yang tertera dalam paparan ATM kita setiap kali kita mengeluarkan wang?

Jika sudah rasa tidak selesa
Jom berniaga
Apa kelebihan berniaga cara Powergold?
Anda menjual emas, anda beli emas dengan harga ahli.
ANDA UNTUNG RUNCIT, SAMBIL MENINGKATKAN NILAI ASET ANDA SENDIRI
Itulah kelebihan Powergold

Cuba bandingkan perniagaan lain, ya anda masih untung runcit
Tapi jika keuntungan anda tidak ditukarkan kepada aset (rumah, tanah dan emas)
Keuntungan RM yang anda miliki sebenarnya datang sekali dengan kesusutan nilai akibat inflasi
Bahasa mudahnya,
Pada tahun 2000 dahulu... dengan RM50 sebakul troli pasaraya anda boleh penuhkan
Tapi pada tahun 2016, RM50 mungkin boleh beli 2,3 barangan sahaja
Masih not RM50 yang sama, tapi nilainya merosot dengan mendadak

Berjihadlah membina ekonomi sendiri dengan emas
Emas adalah matawang sunnah
Mulakan 1g anda yang pertama sekarang
Rasakan auranya
Baru anda tahu bagaimana ia menjadi magnet rezeki anda....


Salam sayang,
Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
0173413644

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki