Search This Blog

Showing posts with label FAKTA EMAS. Show all posts
Showing posts with label FAKTA EMAS. Show all posts

Monday, 18 July 2016

Dinar,Gold Bar atau Barang Kemas?

Simpanan Emas Terbaik:
Dinar,Gold Bar atau Barang Kemas😟

Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar ,gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
πŸ“šπŸ“™πŸ“– baca info tentang jenis emas fizikal ini,kelebihan serta kelemahannya :
πŸ’±Tentang Dinar :
Kelebihan :
‪#‎Boleh‬ digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
‪#‎Digunakan‬ untuk membayar zakat
‪#‎Dijadikan‬ hantaran dan mas kawin
‪#‎Cenderamata‬/hadiah untuk orang yang tersayang
‪#‎Simpan‬ untuk pergi haji
‪#‎Tabungan‬/simpanan
Lain-lain :
Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

πŸ’°Tentang Gold Bar :
Kelebihan
‪#‎Harganya‬ lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
‪#‎Memberi‬ pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
‪#‎Pilihan‬ untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
‪#‎Bentuk‬ fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
‪#‎Sesuai‬ untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain :
Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga 1GRAM ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000. Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat
contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g

Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!! Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

πŸ‘‘Tentang Barang Kemas:
Kelebihan
# Dijadikan barang perhiasan wanitaπŸ™†πŸ‘©πŸ‘΅
‪#‎Mudah‬ menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
# Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan
#Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.

Lain-lain :
Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.πŸ‘πŸ‘Œ
Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahalπŸ‘‘ sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.

🌟oleh ituSesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.😊
Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916. Elakkan yang mempunyai banyak batu permata. Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%. Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )πŸ™…

😊Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas.. πŸ˜Š

Friday, 15 July 2016

Emas Powergold Diterima Di Luar Negara

Emas tulen, sifatnya tetap laku di mana-mana
Emas tiada kewarganegaraan, selagi tulen selagi tu ia bernilai

Saya share testimoni agen yang menukarkan emas Powergold di Perth, Australia...

===========================================================

Pengalaman di Perth...keluarkan emas 999..dpt layanan macam VVIP πŸ˜†
Di sini susah jumpa 999 & 916...kebanyakannya 750.
Time keluarkan 999 dia tarik tangan masuk tempat permata pink...
harga 10x ganda mahal dari permata biasa...speechless! Excited toksah kata la hahaha.....
Jom buat perbandingan skit, tgk untung ke tak ada emas nih....
● Harga buyback powergold hari ni RM900
● Harga jual di Perth (276.58x3.8) RM1,051.004
Nampak tak?
Emas takde warganegara. Laku je kat mana2 dan nilai ikut negara masing2. Untung ke untung?
Juz sharing 
Nampaknya negara lain kelam kabut menyimpan emas...kita pun boleh...1gram 1bulan je pun takpe...
lama-lama byk la...jom2 mulakan Crdt Fb Faridah.af_GOLD





Rahsia Tukang Emas Mengenali Ketulenan Emas Dengan Memerhati Warna Sahaja


Apakah warna sebenar emas?

Kuning? Jingga?merah?hijau?putih?Macam susah nak jelaskan sebab emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza

Untuk mengenalpasti perbezaan warna emas, Batu Hitam dan jarum emas adalah amat berguna. Tahukah anda, setiap tukang atau pembeli emas yang berpengalaman boleh membezakan mutu ketulenan emas dengan batu hitam sahaja tanpa menggunakan asid dan jarum emas

Berikut adalah rahsia dan penjelasan kenapa tukang emas dapat membezakan mutu ketulenan emas dari segi kesan torehan emas pada batu hitam

Dari kanan:

Emas 999 : Emas Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat.

Emas 916 : sebab emas 916 adalah campuran 91.6% emas tulen dan 8.4% adalah tembaga atau perak, jadi dapat lihat warna emas 916 adalah campuran daripada emas tulen dan tembaga, merah sedikit tetapi tidak berkilat.

Tembaga 999: Warna tembaga adalah merah

Bukan emas : Apabila warna emas adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar.

Perak 999 : Warna perak adalah putih terang.

pemeriksaan mutu ketulenan emas dengan kesan torehan emas diatas batu hitam memerlukan latihan dan pengalaman. Ini bukan satu cara untuk mengiktiraf emas sebenar tetapi ia adalah rahsia Cara Tukang Emas yang pakai dari dulu sampai sekarang.


Thursday, 14 July 2016

Kuasa Dinar & Dirham

Kisah Emas Kembali
Kelebihan dinar di POWERGOLD
Jika Anda penyimpan dinar πŸŽ
••••••••••••••••••••••••••••••••••
🌸 Tahun 2000
1 dinar bernilai rm300
1 dinar dapat seekor kambingπŸ‘
🌸Tahun 2015
Harga seekor kambing rm700
1 Dinar juga masih boleh beli seekor kambing πŸ‘.
🌸 Tahun 2020
1 Dinar juga masih boleh daptkan seekor kambing. πŸ‘
🎢 Anda penyimpan wang.πŸ’ΆπŸ’·πŸ’‚
••••••••••••••••••••••••••••••••••
🌸 Tahun 2000
Harga seekor kambing rm300
Simpanan rm300
🌸 Tahun 2015
Harga seekor kambing rm700
Simpanan masih rm300
πŸ’πŸ’Tahun 2020
Harga seekor kambing ?
Tetap 1 dinar.
Simpanan wang ?



Najihatul Mursyidah Abd Samad
Your Gold Saving Advisor
Kelana Jaya
0173413644

Wednesday, 29 June 2016

Kesan Ekonomi Akibat Britain Keluar EU Semakin Dirasa


HAKIKAT SISTEM PERBANKAN
---------------------------
.
Ini antara faktor utama kenapa saya mencari instrument yang lebih selamat hingga saya buat keputusan; duit simpanan jangka panjang perlu disimpan dalam bentuk emas;
.
Sekarang bank di Greece diarahkan tutup untuk hadkan pengeluaran duit oleh orang ramai. Lebih 7,000 mesin ATM sudah kehabisan duit disebabkan kerisauan orang ramai dengan krisis kewangan Greece sekarang. (Baca maklumat lanjut dihttp://m.thestar.com/#/article/news/world/2015/06/28/greece-races-to-avert-black-monday-as-banks-run-low-on-cash.html.
.
Tengok apa yang berlaku di Greece, rasa takut pulak nak simpan duit dalam bank. Rasa nak keluarkan kesemuanya dan beli emas termasuk dana kecemasan. Kecuali duit yang benar-benar perlu sahaja.
.
Hakikat bila simpan duit dalam bank, nak masukkan duit TIADA HAD. Tapi bila nak keluarkan, ADA HAD dan banyak syarat. Ada limit harian, nak keluarkan lebih limit harian kena pergi home branch, nak naikkan limit pengeluaran (akaun bisnes) kena bagi alasan kukuh dan macam-macam lagi.
.
Tapi kalau nak masukkan duit, TIADA HAD...
.
Memang kita pun boleh cepat kaya kalau duduk diposisi bank. Semua orang bagi kita simpankan duit mereka (seolah-olah kita dapat pinjaman TANPA INTEREST), dan duit orang itu pulak dilaburkan dan DIPINJAMKAN SEMULA dengan caj yang mahal kepada ORANG YANG SAMA! Orang yang simpan duit dengan bank, orang itu jugalah yang meminjam duit dengan bank... 
.
Hakikat yang kita perlu tahu, kita berada dalam sistem kewangan berasaskan hutang kata Robert Kiyosaki. Orang yang tahu memanfaatkan hutang dengan betul (strategi OPM), dia akan lebih cepat kaya... insyaAllah...

C&P
.

Tuesday, 26 April 2016

Dinar Israel


πŸ”ΊTAHUKAH ANDA??? πŸ˜°

✔Orang yahudi sekarang sedang berlumba2 menyimpan EMAS, sehinggakan negara israel telah memperkenalkan "Dinar Israel" (syiling emas 999.9) di negara mereka bagi tujuan menggalakkan rakyat mereka menyimpan emas..so persoalanya kenapa???

✔Kerana, mereka tahu matawang dunia semakin tak bernilai dan EMAS semakin bernilai..

✔Dan kita juga telah diperingatkan dgn hadis Rasululllah s.a.w tentang kepentigan emas di masa depan.

✔Emas adalah matawang ummat Islam..tapi mengapa orang bukan islam sahaja yang lebih berlumba2 simpan emas sedangkan kita hanya menyimpan wang kertas yang semakin hilang nilainya..
.so fikir²kanlah


Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
0173413644

Friday, 22 April 2016

Chrome Vs Emas Putih


πŸ’’ Pegi kedai emas, tunjuk gelang.. Ada chrome putih..Tokey cakap, "Amoiiii...ni talak laku....wa ambik mulah² je ..kalo lu jual tempat lain...olang talak ambik"
😨😨😨😨😨😨😨😨😨
Orang kita.. Lebih percaya Tokey Kedai (bukan semua tapi ada).. Tak percaya dgn kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka utk untung lebih.
Sepatutnya emas yg ada calit putih tu sama je harga dia. Melainkan kalau ada batu/permata baru asingkan. Timbang emas sahaja.
Yang calit² putih tu sebenarnya chrome. BUKAN emas putih.
CHROME= SADURAN CAT KE ATAS EMAS.
Tukang emas letak chrome pada barang kemas untuk bagi nampak cantik & up to date. Bila sampai masa hilang cat chrome dan kembali kpd warna emas asal
Ramai org silap faham kalau brg kemas yg ade chrome tu, bila nak jual semula tak laku.
Ramai jugak yg beranggapan barang kemas yg ada chrome tu lebih mahal dari yg tak ada chrome. Sepatutnya sama je.
 Emas putih pulak adalah emas yg mengalami proses pelunturan @ 'bleaching'
Emas putih dicampurkan dengan logam Nikel utk nampak seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum sbb platinum perlukan suhu yang tinggi utk leburkannya.
 Kualiti emas putih adalah 17K & harga lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih x sesuai utk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan & kenang²an.
Isu emas kemik & calar tak diterima pun sama juga. Kononnya tak laku & mereka ambil murah. Padahal nanti akan dipatahkan & dileburkan juga.
Sebab tu ilmu penting. Bila kita ada ilmu x akan senang ditipu & dimanipulasi pihak lain.

Cara Pengiraan Zakat Emas & Perak


Suburkan harta dengan menunaikan zakat emas dan perak
😎😎😎
Berbanggalah dan bersyukur kerana mampu menjadi salah seorang yang menyumbang kepada zakat, bukan takut dengan simpanan emas dan perak sebab nak elak zakat.
πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸ’πŸ’πŸ’
Emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab.

Apakah itu haul?
– Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun

Apakah itu nisab?
– Nisab pula merujuk kepada nilai berat
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu :
Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)Zakat emas yang dipakai
Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 %.
Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi uruf (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf.

Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata
Contoh : Berat emas yang dipakai ialah 250 gram,Berat emas yang layak dizakatkan ialah
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5 % x(100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157/gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157)
= RM392

Soalan lazim mengenai zakat emas.

Soalan : Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan : Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit) perlu dizakatkan?
Jawapan : Ya wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

Soalan : Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan : Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

Soalan :Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan : Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalan di faraid.

Soalan : Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasaan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan : Ya, Emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

Soalan : Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan : Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

Kesimpulan:
Sesungguhnya membayar zakat ialah salah satu Rukun Islam dan dijanjikan Allah nikmat rezeki yang berganda, insyaAllah. Jangan takut untuk membayar zakat.

Wednesday, 20 April 2016

Lagi Fakta Mengenai Perniagaan Emas Powergold


1. Syarikat Powergold Bukan Program Skim Cepat Kaya, kalau boleh cepat kaya sudah pasti semua yang join Powergold kaya2, tetapi boleh cepat kaya jika tekun berusaha..InsyaAllah..

2. Syarikat Powergold tidak menjalankan aktiviti jual emas secara ETA, tempahan berdiskaun, hibah bulan2 dan seangkatan dengannya, jika ada yang buat guna emas Powergold ( Amethyst Gold ) itu di luar pengentahuan syarikat, Agen atau Stokis berkenaan boleh dikenakan tindakan

3. Syarikat Powergold adalah Peneraju utama goldbar 1 gram dan suku dinar dengan harga jual beli TERBAIK!, produk yang tiada saingan, bagi mereka yang betul2 ingin menjana wang dengan emas, Powergold adalah platform terbaik, jangan salah saluran untuk dapatkan harga tidak masuk akal atau boleh bagi cepat untung kerana ia mungkin mengundang kerugian

4. Syarikat Powergold menyediakan 3 Peluang jana pendapatan, 1) dari simpanan, 2) trading dan 3) networking, satu-satunya syarikat di Malaysia yang menyediakan peluang terhebat ini

5. Syarikat Powergold 100% Milik Bumiputra ( Melayu ), usahawan2 Powergold juga terdiri dari 99% Bumiputra, pengalaman syarikat sudah melebihi 10 tahun dalam bidang Emas

6. Syarikat Powergold juga menyediakan seminar dan training bagi memastikan semua usahawan2 Powergold boleh berjaya, dari tidak tahu langsung mengenai emas bertukar menjadi Pakar Emas

πŸ’ŸJom mulakan hari ini menjadi sebahagian keluarga Emas Powergold, orang lain tidak mampu mengubah nasib anda melainkan anda sendiri yang ingin mengubah nasib sendiri, kami hanya dapat membantu menunjuk jalan untuk sama2 menjadi Insan yang berjaya, sesunguhnya Masa itu adalah emas..jangan biarkan peluang ini berlalu kerana sesuatu yang baik tidak selalu datang dalam hidup kita..



Tuesday, 19 April 2016

Tips Barang Kemas: Padu atau Tidak?


Cara nak tahu padu @ tak? 

πŸ’πŸ»Tanya pada penjual. Penjual tanya supplier. Supplier tanya pada kilang.
πŸ’πŸ»Guna pengalaman yang ada. Timbang berat kat tangan & besar barang kemas. Nanti boleh agak.
πŸ’πŸ»Ikut pattern. Biasa yang padu spt patern pasir, mesin, dunhill, putera puteri, gajah & sebagainya.
πŸ’πŸ»Pergi tanya kat kedai emas.
🏚Bila gadai kat Ar Rahnu Yapiem dia ada tulis "D" pada barang kemas mewakili alat penguji densitymeter.

πŸŽ€ Antara Barang Kemas yang ada dalam bentuk padu & tak padu. (Dipanggil juga sebagai 2 alam)
Rantai JenisπŸ” 
1. Gajah
2. Lipan
3. Pasir
Yang dua alam macam ni kita boleh tengok berat & besar BARANG KEMAS tak sepadan @ besar tapi ringan.
πŸ‘©πŸ» Sebagai penjual nasihatkan pembeli untuk beli yang padu kerana lebih kukuh mempunyai nilai pelaburan yang tinggi. Sebab emas akan untung dalam jangka masa yang lama.
Contoh: 5 tahun ke atas ikut turun naik harga emas semasa.

πŸ’„Jika beli BARANG KEMAS yang kosong tapi ringan contoh: Rantai Tangan (rt) kosong berat 3 gram. Pakai 5 bulan, putus, kemek, rosak, nak jual balik dah rugi.
Kita ahli Power Gold memperjuangkan simpan emas untuk masa depan, untuk pelaburan.
πŸ‘—Yang kosong & ringan memang senang jual & customer ramai yang terpikat sebab besar tapi ringan.
🌷 Trade mark "emas bukan sekadar hiasan" πŸŒ·
πŸ‘‘ Jika customer nak jugak yang ringan kosong terpulang pada dia sebab kita dah bagi tahu.
πŸŒ‚ Jika beli sekejap rosak customer tak boleh salahkan kita sebagai penjual sebab kita dah maklum.
πŸ’sharing is caringπŸ’

Image result for barang kemas

Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
0173413644

Sunday, 17 April 2016

Harga Emas 18/4/2016



Lama tak hapdet harga emas
Cuba tengok kolum barang emas 999
RM179 boleh dapat 1g gold bar...
Okey sekarang tengok harga 10g gold bar pulak
"What, kenapa RM 1759 pulak... RM179*10g jadi RM 1790 la!"
Eh, orang bagi lagi banyak lagi murah pun emo? Hihihi
Haaa tu la korang tak tahu...
Ibarat beli baju budak..
Walaupun kecik tapi harga kalah baju orang dewasa
Sebab apa, perincian dia tu...
Omputih panggil 'detail'
1pc 100g emas, kena belah jadi 100pcs 1g gold bar
Dah belah, kena polish pulak satu satu (nama pun fine gold)
Tu sebab harga 10g lebih murah daripada 1g..
100g lebih murah daripada 10g
Jadi moral of the story, beli lebih gram lebih jimat
P/s: Ini harga ahli tau, kalau nak harga macam ni kena la join Powergold.. Insha Allah tak pernah rugi smile emoticon
Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
0173413644

Thursday, 14 April 2016

Forgotten Saving

Tips EMAS
ilmu kewangan peribadi πŸ“
••••••••••••••••
πŸ”‘Kita mesti ada satu simpanan yang dinamakan “simpanan untuk dilupakan” (forgotten saving). SIMPAN dan LUPA.
πŸ”‘Tak tahu berapa jumlah simpanan semasa. Tahu-tahu, tabungan dah banyak bila kita cek 2, 3 tahun akan datang! Ah… yang ini lah saya payah sikit ni.
πŸ”‘Kekadang, saya fikir nak ‘buang’ jer buku akaun tu. Ataupun nak poskan jer buku akaun bank tu balik kampung. Supaya saya tak tahu berapa jumlah semasa, dan menyulitkan untuk buat pengeluaran.
πŸ˜ƒMelupakan Simpanan Dengan Emas
••••••••••••••••••••
πŸ”Jadi, dengan cara beli emas, sikit sebanyak dapat jadikan sebagai simpanan yang dilupakan.
πŸ”Kita akan tak tahu berapa jumlah simpanan yang ada. Yang kita tahu, berapa keping gold bar dan dinar emas yang kita ada.
πŸ”Dan mungkin satu hari nanti bila asyik je simpan² n tambah emas, kita pun tak tahu berapa banyak emas yang kita dah beli.
πŸ”Ada jer duit lebih, kita beli gold bar atau dinar, dan campak jer dalam safe deposit box πŸ“«
πŸ”Bila cukup “haul zakat” nanti, baru buka dan cek balik berapa ketul emas yang kita ada untuk keluarkan zakat simpanan emas.
πŸ”Sejak mulakan tabiat menyimpan emas, kita akan rasa kita tak banyak duit. Dan tak terfikir nak beli itu dan ini sebab ‘tak ada’ duit dalam buku akaun bank.
πŸ”Kita cuma ada emas dan duit tunai yang cukup-cukup sebagai simpanan kecemasan.
Jom join saya buat tabungan emas. Syok!

Image result for duit selit dompet




Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
Kelana Jaya
0173413644

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki