Search This Blog

Friday 29 July 2016

6 SOALAN POPULAR POWERGOLD.


1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIMPANAN EMAS??
Simpanan emas bermaksud anda menukarkan wang fiat anda atau peruntukkan hasil pendapatan dengan membeli emas untuk tujuan simpanan. Emas yang sesuai dijadikan simpanan seperti dinar..syiling...bar dan jongkong.
simpanan emas untuk jangka masa yang panjang..namun boleh disesuaikan ikut keperluan anda.

2. SIAPA YANG HARUS MENYIMPAN EMAS
DAN DENGAN SIAPA HENDAK DIBELI??

semua orang yang menyimpan wang kertas harus menyimpan emas. Wang kertas berperanan untuk penukaran belian barang/perkhidmatan secara tunai (on the spot)
WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN NILAI YANG BAIKIA AKAN SUSUT NILAI DAN TERUS DIMAMAH INFLASI. Yang mana pilihan anda? Simpan wang kertas di bank dgn sedikit kenaikan (belum ditolak inflasi) atau simpan emas untuk jangka masa panjang.

3. DI MANAKAH SAYA HENDAK BELI EMAS?
emas fizikal boleh dibeli dengan syarikat yang menjual emas dgn harga murah dr kedai emas. Terdapat berbelas ribu dealer mobile di seluruh Malaysia. Contohnya syarikat powergold.biz. Harga yang ditawarkan berpatutan.

4. BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK MEMBELI EMAS?
Bila anda ade wang dan kesedaran. TERUSKAN NIAT MEMBELI DAN JANGAN BERLENGAH LAGI...
Beli emas semasa harga emas turun sedikit
Beli secara konsisten setiap bulan. Mcm kempen powergold.KEMPEN 1g 1bln 1fmly.🌟
Ikutlah kemampuan kewangan anda. Jangan menyimpan secara terpaksa. Lubang hutang komitmen bulanan terbuka kerana beli emas.

5. SEBAB APE SAYA PERLU SIMPAN EMAS?
nilai wang semakin jatuh
harga emas semain naik untuk jangka masa panjang
emas adalah aset yang mudah cair
emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
pelindung kekayaan
portfolio simpanan dan pendapatan

6. BAGAIMANA SAYA HARUS BERMULA?
Mulakan dgn mendidik diri sendiri jadi PENYIMPAN
contohnya 1g 1bln.

JADI PENYIMPAN MERANGKAP DEALER/PENIAGA...
beli semaksima yang anda mampu. Separuh simpan. Separuh lagi dijadikan stok untuk jualan. Beli pd harga murah dan jual dikala harga emas naik. Untung runcit anda simpan. Jika tak dpt jual anda masih untung kerana anda simpan emas dan harga emas semakin naik.
Hari ini semakin ramai yang celik emas. Anda dah baca Anda dah faham. Mulakan langkah pertama anda. Anda buat anda dapat. Selamat maju jaya.😊
Nak lg detail...meh pm laju2.




Najihatul Mursyidah Abd Samad
Your Gold Saving Advisor
Kelana Jaya 
017 3413644

Cincin Budak (Budget)

Assalamualaikum...

Raya dah habis, tapi masih banyak raya lain yang mak boleh laramkan si kecik comel kita tuh..
Cincin budak....size boleh dilaraskan tau
Design biasa je nih tapi okey la dari takde kan..
Simple je takdelah kang batu tersangkut kat baju kurung ke, tersalah letak ke sebab kita laraskan ngam-ngam kemas je ke jari montok anak

Berminat boleh whatsapp akak di 017 3413644

 

Cincin Couple Bling Bling Bling

Bismillahirrahmanirrahim
Dekat seminggu tak bersiaran menguruskan si baby yang demam
Selalunya baby dihantar ke nurseri walaupun uminya tengah cuti semester
Kasi chance umi blogging dan cari rejeki
Bukan apa, karang dah masuk semester baru nanti satu hal pulak baby meragam sebab lama sangat berkepit dengan umi
Plus, cuti ke tidak yuran tetap jalan dikkk

Okeyh bebel pulak
Saya excited sangat nak berkongsi gambar di bawah ni
Soooooo gorgeous (eh betul ke eja)

Cincin couple uolssss RM 400 bersih, no GST free postage gitu
Kalau berkenan hubungi 017 3413644
U can trust on me :)


Thursday 21 July 2016

Tips Beli Barang Kemas 916


1. Tanya harga berapa RM SEGRAM.
Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Bagi saya elok kira dlm kiraan gram sebab nanti kita nak kira harga bersih segram.

2. Tanya berapa UPAH.
Upah bergantung pada barang tu. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM1000 utk upah sahaja.

3. Ada GST atau tak.
Kalau dekat kedai, memang ada GST la. Online kebanyakannya takde GST.


4. TAHU CARA KIRA BARANG KEMAS.
Biasanya,

(Berapa gram x harga segram + upah + GST 6% = )

Kadang2 kedai emas terus tekan2 kalkulator kira TOTAL. Jadi kita kena tanya juga detail, harga segram & upah. Mesti tahu.

Tips yg lebih penting:

KIRA HARGA BERSIH SEGRAM

Maksudnya, total harga yg kita bayar ÷ berapa gram brg kemas tu.

Nak compare harga pun, ini caranya. Bukan compare semata2 harga segram.

Jangan juga tertipu dgn harga segram yg nampak murah tapi upah pula yg mahal.

Bagi saya, RM170-190 segram bersih adalah standard. Kira OK la.

Kalau dpt RM200 segram bagi saya adalah "mahal.. Kadang2 tu sbb upah tu yg jadi mahal.

Bergantung pada HARGA EMAS SEMASA juga la. Harga Persatuan Emas untuk emas 916 sekarang RM190 segram (tak masuk upah dll).

Sebab apa kita kira harga bersih segram?

Itulah harga emas kita segram yg sebenar. Kalau kita pajak dekat ArRahnu pun, dia dah tak tanya berapa upah brg kemas kita tu. Dia hanya akan uji ketulenan emas & timbang berapa berat. Nilai marhun adalah berdasarkan nilai semasa dan berat emas kita. Kita bayar upah mahal2 dulu kira "burn".

Kalau nak jual balik emas kita pun sama, dia tgk berapa gram. Tu jer. Harga buyback ikut gram.

Faham, kan?πŸ˜ƒ✋

Jom Simpan Emas 1gram 1bulan

Jenis-jenis Design Barang Kemas


Wednesday 20 July 2016

Panduan Mengukur Rantai Tangan/ Leher/Kaki/Bangle/Cincin Dewasa Vs Kanak-Kanak

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian

πŸ“Rujukan belian
Rantai Tangan (RT) & Rantai Leher (RL)

Ukuran dewasa dn kanak2

πŸ”΄ baby dn Kanak2

Utk rantai tgn baby dn kanak2
Pjg..12cm hingga 16cm

Utk rantai leher baby dn kanak2
Pjg..38cm hingga 40cm

Bangle baby dn kanak2
Diameter 3cm..12cm
Diameter 3.5cm..13cm
Diameter 4cm..14cm
Diameter 4.5cm..15cm

πŸ”΄Utk dewasa

Utk rantai tgn dewasa
Pjg..17cm hingga 20cm

Utk rantai leher dewasa
Pjg..45cm hingga 75cm

Bangle dewasa
Diameter 5cm..16cm
Diameter 5.5cm..17cm
Diameter 6cm..18cm
Diameter 6.5cm..19cm
Q

❗❗❗ Kalau nak tepat lagi
ukur lilit tangan setiap individu..

➡Cara ukur: ambik benang atau kertas.. ukur lilit pada pergelangan tangan lepas tu ukur pada pembaris Dari hujung hinga hujung mula Dari 0cm

➡Untuk RANTAI leher kalau ade tali ukur ukuran baju tu OK jgk.. boleh ukur terus Dari Leher tengok nak panjg mane..😘😘

Monday 18 July 2016

Dinar,Gold Bar atau Barang Kemas?

Simpanan Emas Terbaik:
Dinar,Gold Bar atau Barang Kemas😟

Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar ,gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
πŸ“šπŸ“™πŸ“– baca info tentang jenis emas fizikal ini,kelebihan serta kelemahannya :
πŸ’±Tentang Dinar :
Kelebihan :
‪#‎Boleh‬ digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
‪#‎Digunakan‬ untuk membayar zakat
‪#‎Dijadikan‬ hantaran dan mas kawin
‪#‎Cenderamata‬/hadiah untuk orang yang tersayang
‪#‎Simpan‬ untuk pergi haji
‪#‎Tabungan‬/simpanan
Lain-lain :
Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

πŸ’°Tentang Gold Bar :
Kelebihan
‪#‎Harganya‬ lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
‪#‎Memberi‬ pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
‪#‎Pilihan‬ untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
‪#‎Bentuk‬ fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
‪#‎Sesuai‬ untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain :
Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga 1GRAM ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000. Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat
contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g

Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!! Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

πŸ‘‘Tentang Barang Kemas:
Kelebihan
# Dijadikan barang perhiasan wanitaπŸ™†πŸ‘©πŸ‘΅
‪#‎Mudah‬ menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
# Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan
#Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.

Lain-lain :
Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.πŸ‘πŸ‘Œ
Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahalπŸ‘‘ sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.

🌟oleh ituSesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.😊
Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916. Elakkan yang mempunyai banyak batu permata. Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%. Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )πŸ™…

😊Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas.. πŸ˜Š

Friday 15 July 2016

Doa Menyelesaikan Hutang Ratusan Ribu Hatta Segunung Emas Sekalipun

Dipetik daripada buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki
Crdt to Fathuri Salehuddin
Semoga bermanfaat dan istiqamah kita mengamalkannya...


Emas Powergold Diterima Di Luar Negara

Emas tulen, sifatnya tetap laku di mana-mana
Emas tiada kewarganegaraan, selagi tulen selagi tu ia bernilai

Saya share testimoni agen yang menukarkan emas Powergold di Perth, Australia...

===========================================================

Pengalaman di Perth...keluarkan emas 999..dpt layanan macam VVIP πŸ˜†
Di sini susah jumpa 999 & 916...kebanyakannya 750.
Time keluarkan 999 dia tarik tangan masuk tempat permata pink...
harga 10x ganda mahal dari permata biasa...speechless! Excited toksah kata la hahaha.....
Jom buat perbandingan skit, tgk untung ke tak ada emas nih....
● Harga buyback powergold hari ni RM900
● Harga jual di Perth (276.58x3.8) RM1,051.004
Nampak tak?
Emas takde warganegara. Laku je kat mana2 dan nilai ikut negara masing2. Untung ke untung?
Juz sharing 
Nampaknya negara lain kelam kabut menyimpan emas...kita pun boleh...1gram 1bulan je pun takpe...
lama-lama byk la...jom2 mulakan Crdt Fb Faridah.af_GOLD





Rahsia Tukang Emas Mengenali Ketulenan Emas Dengan Memerhati Warna Sahaja


Apakah warna sebenar emas?

Kuning? Jingga?merah?hijau?putih?Macam susah nak jelaskan sebab emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza

Untuk mengenalpasti perbezaan warna emas, Batu Hitam dan jarum emas adalah amat berguna. Tahukah anda, setiap tukang atau pembeli emas yang berpengalaman boleh membezakan mutu ketulenan emas dengan batu hitam sahaja tanpa menggunakan asid dan jarum emas

Berikut adalah rahsia dan penjelasan kenapa tukang emas dapat membezakan mutu ketulenan emas dari segi kesan torehan emas pada batu hitam

Dari kanan:

Emas 999 : Emas Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat.

Emas 916 : sebab emas 916 adalah campuran 91.6% emas tulen dan 8.4% adalah tembaga atau perak, jadi dapat lihat warna emas 916 adalah campuran daripada emas tulen dan tembaga, merah sedikit tetapi tidak berkilat.

Tembaga 999: Warna tembaga adalah merah

Bukan emas : Apabila warna emas adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar.

Perak 999 : Warna perak adalah putih terang.

pemeriksaan mutu ketulenan emas dengan kesan torehan emas diatas batu hitam memerlukan latihan dan pengalaman. Ini bukan satu cara untuk mengiktiraf emas sebenar tetapi ia adalah rahsia Cara Tukang Emas yang pakai dari dulu sampai sekarang.


Thursday 14 July 2016

Kuasa Dinar & Dirham

Kisah Emas Kembali
Kelebihan dinar di POWERGOLD
Jika Anda penyimpan dinar πŸŽ
••••••••••••••••••••••••••••••••••
🌸 Tahun 2000
1 dinar bernilai rm300
1 dinar dapat seekor kambingπŸ‘
🌸Tahun 2015
Harga seekor kambing rm700
1 Dinar juga masih boleh beli seekor kambing πŸ‘.
🌸 Tahun 2020
1 Dinar juga masih boleh daptkan seekor kambing. πŸ‘
🎢 Anda penyimpan wang.πŸ’ΆπŸ’·πŸ’‚
••••••••••••••••••••••••••••••••••
🌸 Tahun 2000
Harga seekor kambing rm300
Simpanan rm300
🌸 Tahun 2015
Harga seekor kambing rm700
Simpanan masih rm300
πŸ’πŸ’Tahun 2020
Harga seekor kambing ?
Tetap 1 dinar.
Simpanan wang ?



Najihatul Mursyidah Abd Samad
Your Gold Saving Advisor
Kelana Jaya
0173413644

Semak Harga Emas

Semak Harga Hari Ini Sebelum Buat Pembelian Di Sini




Hubungi Saya Di...

Sebarang maklumat berkaitan goldbar/ gold coin, barang kemas serta produk kesihatan keluaran Powergold bolehlah hubungi saya seperti berikut:

Facebook: Najihatul Mursyidah
Fb Page: Tabung Emas Untuk Family
Whatsapp/ Hp: 017-3413644

Urusan Pembayaran:
CIMB 7015730562 Najihatul Mursyidah Abd Samad
Maybank 162834039289 Mohd Zukhairi Bin Abdullah

Lock barangan mestilah beserta bayaran dalam tempoh 24 jam. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan terjadinya unsur riba kerana harga emas boleh berubah pada bila-bila masa.

COD barangan adalah di sekitar Kelana Jaya dan area yang munasabah sahaja..
Barangan melalui pos akan diterima 3-5 hari bekerja, bergantung kepada keberadaan stok.
Inshaallah, anda boleh percayakan saya sebagai agen emas tulen dan pengedar emas patuh syariah

Nah, belanja selfie sikit


Wednesday 13 July 2016

Resmi Emas Vs Resmi Duit


Baru 14 Julai hari ni..
Lambat lagi nak gaji ni bagi yang keroje gomen
Yang swasta lagila menung nak tggu
Yang bisnes sendiri, diorang jelah tahu hazabnya nak gain duit nak cover modal lagi ..
Biasa, kite pon alami simptom yang sama
Poket kekeringan selepas hari raya...

Siapa setuju, itulah resmi duit...
Selagi ada duit, selagi tu kita rasa nak habiskan aje
Tapi berbeza pula dengan resmi emas
Makin membeli makin lama rasa nak peram
Kan kan kan gold saver sekalian????

Najihatul Mursyidah Abd Samad
Your Gold Saving Advisor
Kelana Jaya
0173413644

Monday 11 July 2016

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2016/ 1437H


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami sekeluarga..
Tahun ni hari raya pertama beraya di KL sajork
Sebenarnya plan nak balik Parit Buntar
Tapi diri ini belum bersedia nak tempuh perjalanan yg panjang dan jam disamping hero hero hero yang lasak lagi banyak ragam ni
Huhu ..suami tanya banyak kali
"Betul ni tak nak balik Parit Buntar? Betul? I tak kisah.....janji giliran Koyan jangan kacau"
Hihi iyea....tak kacau punya.

Ni gambar pertama kami lengkap berlima, sebelum ni pernah juga ambil tapi dengan mak ayah dan sepupu-sepupu yang lain
Theme tahun ni gold sempena tahun pertama saya menyertai Powergold hihik
Doakan keluarga ini sentiasa berkasih sayang hingga hujung nyawa...

Oh yea....duit raya anak-anak jangan lupa convert kepada aset yea..
Kena cepat, sebelum hangus beli Lego (pesanan untuk diri sendiri)
Semoga Ramadhan yang berlalu menjadi titik permulaan bertambahnya iman didada kita semua

Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
Kelana Jaya
017 3413644

Eh, bajet! Mana mau lari haaa


Musim raya bajet mesti lari. Jarang sangat bajet tak lari dalam musim raya. Duit yang diperuntukkan untuk belanja hangus duit raya pun anytime kena standby top-up jika ada terjumpa orang yang tak terduga.

Sebenarnya, fenomena bajet lari berlaku bukan pada musim raya saja. Bagi orang yang biasa buat bajet berdasarkan gaji bulanan, jarang sangat bajet yang dibuat itu tepat sebagaimana yang dirancang. Ada saja belanja tidak terduga bakal mendatang.

Tayar botak. Perabot rumah reput. Lesen tak boleh renew sebab kena jelaskan saman dulu. Belanja-belanja kecemasan dan sebagainya.

Magisnya, bila ada belanja tak terduga sebegitu, pandai pula bajet tadi diadjust dengan sendiri. Sama macam musim raya. Walau bajet lari, tiada orang yang mati kebuluran selepas raya dek kerana bajet lari. Bajet itu akan diadjust sebaik mungkin.

Beli emas kena anggap macam belanja terpaksa setiap masa. Cuma ia dipaksa awal-awal ketika mula dapat duit. Lama kelamaan, kita akan terbiasa untuk adjust bajet kita.

Lepas beli, simpan dan lupakan. InsyaAllah selamat!


Najihatul Mursyidah
Your Gold Saving Advisor
Kelana Jaya
017 3413644


Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki