Search This Blog

Thursday 21 July 2016

Tips Beli Barang Kemas 916


1. Tanya harga berapa RM SEGRAM.
Kalau di Kelantan ni, berapa riyal berat. 1 riyal berat = 2.72 gram. Bagi saya elok kira dlm kiraan gram sebab nanti kita nak kira harga bersih segram.

2. Tanya berapa UPAH.
Upah bergantung pada barang tu. Lagi unik/ lagi cantik/ lagi susah nak buat lagi mahal upah. Ada sampai RM1000 utk upah sahaja.

3. Ada GST atau tak.
Kalau dekat kedai, memang ada GST la. Online kebanyakannya takde GST.


4. TAHU CARA KIRA BARANG KEMAS.
Biasanya,

(Berapa gram x harga segram + upah + GST 6% = )

Kadang2 kedai emas terus tekan2 kalkulator kira TOTAL. Jadi kita kena tanya juga detail, harga segram & upah. Mesti tahu.

Tips yg lebih penting:

KIRA HARGA BERSIH SEGRAM

Maksudnya, total harga yg kita bayar ÷ berapa gram brg kemas tu.

Nak compare harga pun, ini caranya. Bukan compare semata2 harga segram.

Jangan juga tertipu dgn harga segram yg nampak murah tapi upah pula yg mahal.

Bagi saya, RM170-190 segram bersih adalah standard. Kira OK la.

Kalau dpt RM200 segram bagi saya adalah "mahal.. Kadang2 tu sbb upah tu yg jadi mahal.

Bergantung pada HARGA EMAS SEMASA juga la. Harga Persatuan Emas untuk emas 916 sekarang RM190 segram (tak masuk upah dll).

Sebab apa kita kira harga bersih segram?

Itulah harga emas kita segram yg sebenar. Kalau kita pajak dekat ArRahnu pun, dia dah tak tanya berapa upah brg kemas kita tu. Dia hanya akan uji ketulenan emas & timbang berapa berat. Nilai marhun adalah berdasarkan nilai semasa dan berat emas kita. Kita bayar upah mahal2 dulu kira "burn".

Kalau nak jual balik emas kita pun sama, dia tgk berapa gram. Tu jer. Harga buyback ikut gram.

Faham, kan?๐Ÿ˜ƒ✋

Jom Simpan Emas 1gram 1bulan

No comments:

Post a Comment

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki