Search This Blog

Friday 15 July 2016

Rahsia Tukang Emas Mengenali Ketulenan Emas Dengan Memerhati Warna Sahaja


Apakah warna sebenar emas?

Kuning? Jingga?merah?hijau?putih?Macam susah nak jelaskan sebab emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza

Untuk mengenalpasti perbezaan warna emas, Batu Hitam dan jarum emas adalah amat berguna. Tahukah anda, setiap tukang atau pembeli emas yang berpengalaman boleh membezakan mutu ketulenan emas dengan batu hitam sahaja tanpa menggunakan asid dan jarum emas

Berikut adalah rahsia dan penjelasan kenapa tukang emas dapat membezakan mutu ketulenan emas dari segi kesan torehan emas pada batu hitam

Dari kanan:

Emas 999 : Emas Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat.

Emas 916 : sebab emas 916 adalah campuran 91.6% emas tulen dan 8.4% adalah tembaga atau perak, jadi dapat lihat warna emas 916 adalah campuran daripada emas tulen dan tembaga, merah sedikit tetapi tidak berkilat.

Tembaga 999: Warna tembaga adalah merah

Bukan emas : Apabila warna emas adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar.

Perak 999 : Warna perak adalah putih terang.

pemeriksaan mutu ketulenan emas dengan kesan torehan emas diatas batu hitam memerlukan latihan dan pengalaman. Ini bukan satu cara untuk mengiktiraf emas sebenar tetapi ia adalah rahsia Cara Tukang Emas yang pakai dari dulu sampai sekarang.


No comments:

Post a Comment

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki