Search This Blog

Monday 18 July 2016

Dinar,Gold Bar atau Barang Kemas?

Simpanan Emas Terbaik:
Dinar,Gold Bar atau Barang Kemas😟

Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar ,gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”
Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.
πŸ“šπŸ“™πŸ“– baca info tentang jenis emas fizikal ini,kelebihan serta kelemahannya :
πŸ’±Tentang Dinar :
Kelebihan :
‪#‎Boleh‬ digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
‪#‎Digunakan‬ untuk membayar zakat
‪#‎Dijadikan‬ hantaran dan mas kawin
‪#‎Cenderamata‬/hadiah untuk orang yang tersayang
‪#‎Simpan‬ untuk pergi haji
‪#‎Tabungan‬/simpanan
Lain-lain :
Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

πŸ’°Tentang Gold Bar :
Kelebihan
‪#‎Harganya‬ lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi
‪#‎Memberi‬ pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
‪#‎Pilihan‬ untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
‪#‎Bentuk‬ fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
‪#‎Sesuai‬ untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain :
Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga 1GRAM ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000. Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat
contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g

Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!! Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

πŸ‘‘Tentang Barang Kemas:
Kelebihan
# Dijadikan barang perhiasan wanitaπŸ™†πŸ‘©πŸ‘΅
‪#‎Mudah‬ menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
# Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan
#Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.

Lain-lain :
Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.πŸ‘πŸ‘Œ
Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahalπŸ‘‘ sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.

🌟oleh ituSesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.😊
Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916. Elakkan yang mempunyai banyak batu permata. Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%. Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )πŸ™…

😊Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas.. πŸ˜Š

1 comment:

  1. SilverGoldBull is your reputable silver & gold dealer. They will provide you with bargain, up-to-minute rates and make sure your gold & silver is delivered to your door discreetly and fully insured.

    ReplyDelete

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki