Search This Blog

Friday 22 April 2016

Cara Pengiraan Zakat Emas & Perak


Suburkan harta dengan menunaikan zakat emas dan perak
😎😎😎
Berbanggalah dan bersyukur kerana mampu menjadi salah seorang yang menyumbang kepada zakat, bukan takut dengan simpanan emas dan perak sebab nak elak zakat.
πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸπŸ’πŸ’πŸ’
Emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab.

Apakah itu haul?
– Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun

Apakah itu nisab?
– Nisab pula merujuk kepada nilai berat
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu :
Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)Zakat emas yang dipakai
Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5 %.
Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi uruf (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf.

Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata
Contoh : Berat emas yang dipakai ialah 250 gram,Berat emas yang layak dizakatkan ialah
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5 % x(100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157/gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157)
= RM392

Soalan lazim mengenai zakat emas.

Soalan : Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan : Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik

Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit) perlu dizakatkan?
Jawapan : Ya wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

Soalan : Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan : Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

Soalan :Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan : Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalan di faraid.

Soalan : Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasaan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan : Ya, Emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

Soalan : Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan : Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

Kesimpulan:
Sesungguhnya membayar zakat ialah salah satu Rukun Islam dan dijanjikan Allah nikmat rezeki yang berganda, insyaAllah. Jangan takut untuk membayar zakat.

No comments:

Post a Comment

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki