Search This Blog

Friday 22 April 2016

Chrome Vs Emas Putih


💢 Pegi kedai emas, tunjuk gelang.. Ada chrome putih..Tokey cakap, "Amoiiii...ni talak laku....wa ambik mulah² je ..kalo lu jual tempat lain...olang talak ambik"
😨😨😨😨😨😨😨😨😨
Orang kita.. Lebih percaya Tokey Kedai (bukan semua tapi ada).. Tak percaya dgn kita. Sebenarnya itu adalah strategi mereka utk untung lebih.
Sepatutnya emas yg ada calit putih tu sama je harga dia. Melainkan kalau ada batu/permata baru asingkan. Timbang emas sahaja.
Yang calit² putih tu sebenarnya chrome. BUKAN emas putih.
CHROME= SADURAN CAT KE ATAS EMAS.
Tukang emas letak chrome pada barang kemas untuk bagi nampak cantik & up to date. Bila sampai masa hilang cat chrome dan kembali kpd warna emas asal
Ramai org silap faham kalau brg kemas yg ade chrome tu, bila nak jual semula tak laku.
Ramai jugak yg beranggapan barang kemas yg ada chrome tu lebih mahal dari yg tak ada chrome. Sepatutnya sama je.
 Emas putih pulak adalah emas yg mengalami proses pelunturan @ 'bleaching'
Emas putih dicampurkan dengan logam Nikel utk nampak seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum sbb platinum perlukan suhu yang tinggi utk leburkannya.
 Kualiti emas putih adalah 17K & harga lebih rendah berbanding emas biasa. Emas putih x sesuai utk dibuat pelaburan kerana kadar spread boleh capai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan & kenang²an.
Isu emas kemik & calar tak diterima pun sama juga. Kononnya tak laku & mereka ambil murah. Padahal nanti akan dipatahkan & dileburkan juga.
Sebab tu ilmu penting. Bila kita ada ilmu x akan senang ditipu & dimanipulasi pihak lain.

No comments:

Post a Comment

Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki